Monday, December 5, 2011

ANGGUR DAN KHASIATNYA

Sejak zaman dahulu kala, anggur telah mencuri perhatian deria kita dengan kecantikan, kemanisan dan kelazatannya, juga keupayaannya untuk menghilangkan dahaga. Kini, pakar sains penyelidikan menemui fakta baru yang menarik tentang anggur dan bagaimana ia memberi manfaat kesihatan dalam pelbagai cara.  Kebanyakan daripada penyelidikan ini menumpukan kepada kesan fitonutrien anggur, komponen tumbuhan boleh dimakan yang nampaknya memberi kesan positif ke atas kesihatan manusia.
Hasil penyelidikan semasa ke atas anggur membawa berita baik:
1.    Anggur Membekalkan Banyak Antioksidan.  Anggur semua warna kaya dengan campuran antioksidan – termasuk polifenol, seperti flavonoid dan resveratrol. Antioksidan yang sangat bermanfaat ini meneutralkan radikal bebas yang membawa mudarat untuk mencegah proses pengoksidaan yang merosakkan sel.  Bunyinya memang teknikal, tetapi hakikatnya, peneutralan radikal bebas berlaku secara semula jadi apabila kita makan makanan seperti anggur yang kaya dengan antioksidan.  Apabila radikal bebas dibiarkan bermaharajalela, keadaan yang dinamakan "tekanan oksidatif" berlaku. Tekanan oksidatif kini dikaitkan dengan banyak penyakit kronik, dan juga penuaan.
2. Antioksidan Resveratrol Yang Menakjubkan. Anggur adalah makanan sumber utama fitonutrien yang sangat mujarab. Resveratrol adalah komponen dalam kulit anggur yang boleh didapati dalam anggur ketiga-tiga warna. Banyak kajian telah mengenal pasti resveratrol sebagai antioksidan dan antiradang yang sangat mujarab, dan berpotensi untuk memberi kesan ke atas pelbagai isu kesihatan, daripada kanser hingga Alzheimer, dengan keupayaan yang boleh memanjangkan jangka hayat.
3.    Resveratrol Menentang Kanser. Banyak kajian berjaya mengesan aktiviti anti kanser daripada resveratrol.  Hasil kajian makmal menunjukkan resveratrol menghindari kesan kanser dalam ketiga-tiga peringkat perkembangan: permulaan, pertumbuhan dan kemaraan. Resveratrol dalam anggur – tetapi bukan resveratrol yang terdapat dalam wain – juga dikaitkan dengan keupayaan mengurangkan risiko kanser payu dara.
4.  Sayangi Jantung Anda : Makan Anggur.  Kajian ke atas manusia menunjukkan bahawa pengambilan pelbagai jenis anggur boleh menyokong kesihatan jantung dengan membaiki pengedaran darah, fleksibiliti arteri dan fungsi saluran darah.  Komponen anggur juga boleh mencegah pengumpulan platelet, yang boleh menyebabkan pembentukan darah beku.
5.  Kolesteral LDL : Makan Lebih Anggur.  Anggur juga menyokong kesihatan arteri dengan mencegah pengoksidaan kolesterol "LDL" jahat, yang menjadi punca utama mendapan plak dalam arteri.
6.  Anggur Baik untuk Kurangkan Tekanan Darah Tinggi.  Kajian makmal yang dijalankan baru-baru ini mendapati tekanan darah tikus naik apabila haiwan ini diberi makanan masin. Apabila anggur ditambah ke dalam diet mereka, tekanan darah turun, fungsi jantung bertambah baik, dan keradangan seluruh badan berkurangan. Haiwan ini juga menunjukkan kurang tanda kerosakan jantung berbanding tikus yang tidak diberi anggur dalam diet mereka.
7.      Menentang Lemak? Apabila anda teringinkan sesuatu yang menyegarkan – seperti anggur – selepas menikmati makanan berat, sistem pengedaran anda mungkin cuba menghantar isyarat.  Satu kajian yang pertama kali dijalankan ke atas manusia baru-baru ini menunjukkan bahawa pengambilan anggur bersama sajian makanan berlemak mencegah kemudaratan yang dibawakan oleh lemak. Peserta kajian yang mengambil sajian makanan yang sama tetapi tidak mengambil anggur mengalami kekurangan pengaliran darah sebanyak 50%.
8.   Anggur Baik untuk Kesihatan Kolon.  Kajian yang pertama kali dijalankan ke atas pesakit kanser kolon yang makan 2 1/2 cawan anggur sehari selama dua minggu menunjukkan kekurangan 47% gen yang merangsang pertumbuhan tumor dalam kolon. Manfaat ini diamati pada tisu sihat dalam kolon pesakit, iaitu tisu bukan kanser, yang menandakan potensi peranan anggur dalam kesihatan kolon.
9.   Anggur Adalah Makanan Otak.  Hasil kajian awal nampaknya menunjukkan anggur membantu melindungi kesihatan otak dengan menentang tekanan oksidatif dan keradangan, atau dengan mensasarkan tindakan gen tertentu yang terlibat dalam penyakit otak, seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson.
10.  Anggur Baik untuk Mata. Anggur mengandungi lutein dan zeaxantin, dua karotenoid penting untuk mengekalkan kesihatan mata bila usia kita meningkat.
11. Anggur atau Ubat Penahan Sakit Artritis?  Ini adalah soalan yang baik.  Mengapa tidak ambil kedua-duanya?  Kajian ke atas haiwan mendapati bahawa diet yang diperkaya dengan anggur mengurangkan banyak kesakitan yang dikaitkan dengan artritis, manakala ubat Meloxicam untuk mengurangkan kesakitan tidak menunjukkan kesan ke atas kesakitan. Namun, rawatan kombinasi anggur dan Meloxicam memberi lebih banyak kelegaan berbanding pengambilan hanya salah satu daripadanya.
12. Menyokong Kesihatan Lelaki: Prostrat bengkak amat membimbangkan lelaki pertengahan umur dan lelaki lebih tua. Beberapa kajian ke atas haiwan mendapati bahawa pengambilan anggur melindungi kaum lelaki daripada kehilangan fungsi pundi kencing yang dikaitkan dengan bengkak prostat, yang boleh menyekat sebahagian uretra (salur kencing) dan menyebabkan pundi kencing menjadi lemah. Tambahan anggur ke dalam diet memberi kesan antioksidan yang kuat dan ciri perlindungan membran yang banyak mengurangkan kerosakan pundi kencing dan memulihkan kerosakan pundi kencing yang disebabkan oleh sekatan sebahagian daripada ureta.
13.Anggur. Khasiat Kebaikan Asas:  Anggur tidak mengandungi lemak, hampir tidak mengandungi natrium dan rendah lemak.  Anggur juga mengandungi kalium. Selain rasanya yang lazat, anggur mudah didapati dan mengekalkan kesegaran serta kegaringannya lebih lama daripada kebanyakan buah-buahan lain!
14.  Kanak-Kanak Gemar Anggur:  Lihat hasil kajian dan beri kepercayaan kepada naluri anda dan kata-kata yang keluar dari mulut anak-anak kecil anda… "Ibu, saya nak makan anggur!" Ya, kanak-kanak gemar makan anggur. Kanak-kanak menganggap anggur sebagai snek dan manisan yang menyeronokkan. Tidakkah anda lebih suka kalau anak-anak anda makan buah-buahan yang berkhasiat seperti anggur daripada mengambil snek yang kurang mengandungi nutrien dan fitonutrien?  Jawapannya ada pada anda.

Tuesday, August 9, 2011

Turun Berat Badan – Bulan Puasa ??

Bulan Ramadhan adalah masa yang terbaik bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan mereka.  Ini adalah kerana apabila seseorang itu berpuasa, maka kadar permakanan mereka akan sedikit terkawal tidak seperti hari-hari kebiasaannya.

Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti, bulan ramadhan adalah platform terbaik dalam membantu mereka menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan murah. Jika makanan yang diambil semasa bersahur dan berbuka dijaga dengan baik, secara tidak langsung  akan membantu menurunkan berat badan secara sihat tanpa sebarang risiko.

Penurunan berat badan dengan cara berpuasa di bulan Ramadhan adalah berbeza dengan amalan crash diet  atau cara diet untuk menurunkan berat badan lain seperti langsung tidak makan nasi tapi hanya meminum air saja. Risiko diet apabila tidak makan dalam tempoh yang terlalu lama, anda akan makan terlalu banyak dari kebiasaan selepas lama berlapar.  

Adalah menjadi satu kerugian dan tidak mendatangkan apa-apa hasil apabila  anda tidak makan dalam tempoh yang lama, tetapi kemudian makan dengan banyaknya.

Jelas disini, diet di bulan puasa adalah lebih seimbang kerana anda dapat makan  semasa bersahur dan juga berbuka  tapi masih dapat melakukan amalan diet.

Jauhi KANSER

Penyakit kanser sudah menjadi perkara biasa hari ini sehingga kita terfikir mungkin kita juga akan menghidap penyakit ini.  Dengan penemuan baru, ternyata kanser payu dara, usus besar dan ovari adalah 30% berpunca daripada baka (genetik). Pasti anda berfikir,  tiada apa yang boleh dilakukan, hanya berserah kepada takdir.

Kenyataan ini tidak benar.   Tahukah anda!  Para pengkaji di Universiti Harvard, Amerika mendapati hampir 7 (tujuh) daripada setiap 10 (sepuluh) jenis kanser tidak langsung ditentukan oleh baka (genetik), tetapi ianya adalah melalui cara hidup kita dimana 30% berpunca daripada merokok, 30% berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat dan kira-kira 10% disebabkan tabiat buruk seperti tidak bersenam.

Oleh yang demikian, jika gaya hidup anda boleh menjadikan anda penghidap kanser, kendalikan hidup anda dengan cara yang sihat bagi menghindari penyakit ini. Ikutilah nasihat ini untuk mengurangkan risiko mendapat kanser.

15 Tips Menurunkan Berat Badan

1.       KATAKAN SAYA BOLEH –Yakin Anda boleh melakukannya!
2.      SARAPAN WAJIB DI AMBIL
3.      BACA KANDUNGAN GIZI (LABEL MAKANAN) – Pastikan anda tahu menilai jumlah kalori & zat Pemakanan yang anda ambil
4.     ELAK DIET SEMENTARA – Jangan lakukan `crash diet’ atau  nak cepat langsing
5.      MAKAN DENGAN TERATUR – Sediakan Jadual & Menu pemakanan lengkap yang boleh anda ikuti sebagai rutin harian.
6.     BANYAKKAN PENGAMBILAN SERAT
7.      PILIH MAKANAN YANG MENYIHATKAN
8.      LAKUKAN SENAMAN – Paling mudah berjalan kaki setiap hari minima 10 – 20 minit
9.     BUANGKAN  TABIAT KEBIASAAN  MENGUNYAH PADA WAKTU MALAM
10.  BANYAKKAN PENGAMBILAN PROTEIN
11.     BUANG KEBIASAAN YANG TIDAK BAIK  – Contoh dengan penggunaan gula yang rendah kalori berbanding gula biasa !
12.   JADIKAN  ORANG SEKELILING ANDA SEBAGAI INSPIRASI
13.   CATATKAN SETIAP PENURUNAN BERAT BADAN ANDA
14.   MINUM AIR YANG MENCUKUPI – Minum air bersih lagi menyihatkan seperti air penapis.
15.   BERAT BADAN TURUN, BADAN SIHAT – Sentiasa Ingat

Berpuasa Masih Boleh BERSENAM

BERSENAM ketika berpuasa? Pasti ramai yang berkata tidak. Alasan yang popular adalah letih, dan ada juga yang menyoal kembali, kenapa perlu bersenam?

Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal bersesuaian ketika berpuasa memang digalakkan untuk semua peringkat umur tidak kira sesiapa termasuk mereka yang kurang upaya. Ia bergantung kepada tahap kesihatan individu itu sendiri.

Selain senaman memanaskan badan, individu juga boleh menggunakan treadmill atau kayuhan basikal yang boleh dilakukan selama kira-kira 10 hingga 15 minit. Bagi mereka yang memilih melakukan senaman selepas berbuka, pastikan makanan yang dimakan semasa berbuka telah benar-benar hadam. Ambil masa sekurang-kurang setengah hingga satu jam selepas makan. “Cuba elakkan berbuka dengan mengambil makanan berat, sebagai contoh nasi. Sebaiknya, individu dinasihatkan agar hanya mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit seperti sebiji kurma dan segelas minuman. “ Melakukan senaman kardio selama kira-kira 30 minit baik untuk jantung. Ini boleh diikuti dengan latihan mengangkat bebanan, latih tubi dan regangan.

Jadikan keberkatan bulan Ramadan sebagai motivasi untuk menjadi cergas dan sihat dengan mengamalkan aktiviti fizikal.

Jenis Senaman & Waktu Yang Sesuai Bersenam Di Bulan Puasa

Waktu yang paling ideal untuk kita bersenam di bulan puasa sebenarnya bergantung kepada keselesaan dan kesesuaian masa individu itu sendiri.  Namun begitu waktu petang sebelum berbuka puasa adalah masa yang paling sesuai.   Ini kerana kekurangan cecair yang diperlukan akan dapat diganti semula sejurus selepas waktu berbuka puasa.   Aktiviti senaman ringan seperti berjalan pantas dan berbasikal sudah memadai untuk membantu membakar lemak di dalam badan.

Selain daripada waktu petang, kita juga boleh melakukan aktiviti senaman di sebelah malam iaitu selepas waktu berbuka puasa dan solat tarawikh.  Aktiviti-aktiviti yang dilakukan mestilah bersesuaian dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan kita.  Ini kerana makanan yang diambil sewaktu berbuka tidak dapat dihadamkan sepenuhnya. Ia mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan kepada kita, jika terus melakukan aktiviti-aktiviti berat seperti latihan mengangkat beban dan sebagainya.

Untuk kekal cergas di bulan Ramadhan, adalah disarankan juga bagi mereka yang tidak berkemampuan atau berkeupayaan untuk bersenam atau bersukan, supaya melakukan aktiviti fizikal harian seperti mengemas rumah, berkebun, membasuh kereta dan berjalan sebagai alternatif untuk mereka cergas di bulan puasa ini untuk lebih bertenaga dan menjadikan kita berasa sihat  dan cergas.
Apa yang penting sekiranya kita ingin kekal cergas dan sihat di bulan puasa ini, amalan melakukan aktiviti fizikal dan senaman merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan selain daripada penjagaan makanan yang teratur. Ditambah pula dengan keberkatan dengan memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini, tidak mustahil kita akan lebih sihat daripada bulan-bulan lain.

Kecergasan Diri - Bulan Puasa

Memang tidak dinafikan apabila kita berpuasa, badan akan menjadi letih disebabkan oleh kekurangan tenaga di dalam badan. Faktor cuaca di negara kita yang panas  juga menyebabkan badan kita mengalami keletihan dan menjadi lesu.  Namun begitu, kita tidak seharusnya alpa dan lalai dalam mengambil berat tentang aspek penjagaan kesihatan diri kita.  Jika kita tidak mengambil berat tentang aspek pemakanan ia sedikit sebanyak akan menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, risiko menjadi obesiti dan lain-lain lagi.

Walaupun sedang berpuasa, kita juga boleh terus kekal cergas dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman ringan bergantung kepada keupayaan seseorang individu itu.  Kebanyakan daripada kita menganggap bulan puasa sebagai platform untuk menguruskan badan dan mendapatkan bentuk badan yang menarik. Hakikat ini memang tidak dapat dinafikan, namun begitu dengan mengamalkan diet sahaja ia sebenarnya tidak membantu kita untuk kekal cergas di bulan puasa ini. Kepelbagaian pengambilan jenis makanan sewaktu berbuka puasa menyebabkan badan kita tidak dapat menghadam dan memproses makanan  dengan sempurna.  Ini ditambah pula dengan makanan yang berlemak dan berminyak serta aneka kuih-muih yang manis menyebabkan lemak-lemak yang tidak dapat dihadam tadi tersekat dan berkumpul di sekitar saluran darah.  Setiap kalori yang terkandung di dalam makanan perlu dibakar dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersenam. f Selain dapat mengeluarkan peluh, ia juga membantu melancarkan aliran darah dalam badan dan membantu meningkatkan kekuatan otot bergantung kepada jenis aktiviti yang kita lakukan.

Wednesday, June 22, 2011

Empat Komponen Kecergasan Fizikal


Empat Komponen Kecergasan Fizikal :-
  •  Ketahanan Kardiovaskular
    Ini ialah keup
    ayaan berterusan jantung, paru-paru dan saluran darah untuk membawa oksigen ke semua sel dalam badan. Ia melibatkan senaman atau aktiviti yang meningkatkan kemampuan jantung dan paru-paru. Senaman ini juga melibatkan Kumpulan Otot-otot besar bahagian kaki, lengan dan bahu.
  • Kecergasan Otot melibatkan
    Dimulakaan dengan senaman berselang seli 2-3 minit, dengan 2-3 minit berehat selama 15minit. Aktiviti senaman perlu ditingkatkan 2-3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit
  • Kemudahlenturan/ Fleksibiliti
    Kemampuan sendi-sendi bergerak bebas sepenuhnya tanpa ketidakselesaan.
  • Komposisi Badan
    Berapa banyak bahagian berat badan anda yang terdiri daripada jisim otot termasuk tulang dan jisim lemak.

Kecergasan Dan Anda

Kecergasan adalah keadaan yang sihat yang membolehkan individu melakukan aktiviti harian dengan bertenaga, mengambil bahagian dalam kepelbagaian aktiviti fizikal dan mengurangkan risiko masalah kesihatan.  Ia mempunyai komponen-komponen berikut :
  • Kekuatan – Keupayaan menghadapi tekanan  
  • Stamina – Kemampuan yang berterusan 
  • Kemudahlenturan / Fleksibiliti – Kemampuan untuk bergerak dan membengkok dengan lancar
  • Koordinasi – Kemampuan untuk mengabungkan pelbagai pergerakan dan keseimbangan.

Untuk memperolehi dan mengekalkan kecergasan, ia memerlukan usaha yang berterusan dengan mengamalkan senanam yang berkala. Senaman dan aktiviti fizikal yang berkala boleh mengatasi masalah hilang upaya, meningkatkan keupayaan fungsi tubuh badan dan memberi keselesaan.  Keadaan ini boleh tercapai dengan melakukan frekuensi senaman, intensiti serta tempoh yang mencukupi.

Friday, June 17, 2011

Panduan STAY FIT & KEEP FIT



Anda perlu mengubah sedikit gaya hidup dengan menjadi lebih aktif dan memasukkan senaman ke dalam aktiviti harian.

Usah lagi memberi alasan tiada masa untuk bersenam kerana semua orang diberi masa iaitu  24 Jam sehari.  Alasan letih juga tidak boleh dipakai lagi kerana sedikit senaman boleh mengembalikan tenaga anda.  Malah, senaman yang dilakukan secara kerap membuatkan kita lebih cergas dan bertenaga.

Tidak kira berapa pun berat atau sebesar mana saiz badan anda, senaman yang dilakukan secara teratur memberi banyak manfaat kepada kita. Dengan usaha menjaga kesihatan, tiada istilah terlewat.

Kita tetap mendapat faedah senaman walaupun mengidap penyakit tertentu kerana sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh boleh meningkatkan tahap imun dan membantu kita mengawal penyakit dengan lebih baik.

Yang diperlukan sekarang ialah keinginan menjadi individu lebih sihat. Untuk mencapai impian itu, kita memerlukan kesungguhan dan azam kuat untuk berubah.

Memang diakui amat sukar untuk memulakan perubahan, tetapi anda perlu memulakanya sekarang.  Ingat, usah bertangguh kerana bertangguh menyebabkan semua rancangan tidak menjadi.

Sebagai permulaan, buat aktiviti ringan dengan berjalan pada waktu pagi sebelum pergi kerja. Berjalan di kawasan perumahan selama 10 hingga 15 minit setiap pagi sudah memadai dan apabila stamina bertambah, lanjutkan senaman kepada 20 hingga 20 minit sehari.

Jadi usah bertangguh lagi. Fikirkan bahawa senaman ini bukan hanya memberi manfaat kepada anda seorang kerana ibu bapa yang sihat dan cergas dapat menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga dengan lebih baik. .