Wednesday, June 22, 2011

Empat Komponen Kecergasan Fizikal


Empat Komponen Kecergasan Fizikal :-
  •  Ketahanan Kardiovaskular
    Ini ialah keup
    ayaan berterusan jantung, paru-paru dan saluran darah untuk membawa oksigen ke semua sel dalam badan. Ia melibatkan senaman atau aktiviti yang meningkatkan kemampuan jantung dan paru-paru. Senaman ini juga melibatkan Kumpulan Otot-otot besar bahagian kaki, lengan dan bahu.
  • Kecergasan Otot melibatkan
    Dimulakaan dengan senaman berselang seli 2-3 minit, dengan 2-3 minit berehat selama 15minit. Aktiviti senaman perlu ditingkatkan 2-3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit
  • Kemudahlenturan/ Fleksibiliti
    Kemampuan sendi-sendi bergerak bebas sepenuhnya tanpa ketidakselesaan.
  • Komposisi Badan
    Berapa banyak bahagian berat badan anda yang terdiri daripada jisim otot termasuk tulang dan jisim lemak.

Kecergasan Dan Anda

Kecergasan adalah keadaan yang sihat yang membolehkan individu melakukan aktiviti harian dengan bertenaga, mengambil bahagian dalam kepelbagaian aktiviti fizikal dan mengurangkan risiko masalah kesihatan.  Ia mempunyai komponen-komponen berikut :
  • Kekuatan – Keupayaan menghadapi tekanan  
  • Stamina – Kemampuan yang berterusan 
  • Kemudahlenturan / Fleksibiliti – Kemampuan untuk bergerak dan membengkok dengan lancar
  • Koordinasi – Kemampuan untuk mengabungkan pelbagai pergerakan dan keseimbangan.

Untuk memperolehi dan mengekalkan kecergasan, ia memerlukan usaha yang berterusan dengan mengamalkan senanam yang berkala. Senaman dan aktiviti fizikal yang berkala boleh mengatasi masalah hilang upaya, meningkatkan keupayaan fungsi tubuh badan dan memberi keselesaan.  Keadaan ini boleh tercapai dengan melakukan frekuensi senaman, intensiti serta tempoh yang mencukupi.

Friday, June 17, 2011

Panduan STAY FIT & KEEP FIT



Anda perlu mengubah sedikit gaya hidup dengan menjadi lebih aktif dan memasukkan senaman ke dalam aktiviti harian.

Usah lagi memberi alasan tiada masa untuk bersenam kerana semua orang diberi masa iaitu  24 Jam sehari.  Alasan letih juga tidak boleh dipakai lagi kerana sedikit senaman boleh mengembalikan tenaga anda.  Malah, senaman yang dilakukan secara kerap membuatkan kita lebih cergas dan bertenaga.

Tidak kira berapa pun berat atau sebesar mana saiz badan anda, senaman yang dilakukan secara teratur memberi banyak manfaat kepada kita. Dengan usaha menjaga kesihatan, tiada istilah terlewat.

Kita tetap mendapat faedah senaman walaupun mengidap penyakit tertentu kerana sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh boleh meningkatkan tahap imun dan membantu kita mengawal penyakit dengan lebih baik.

Yang diperlukan sekarang ialah keinginan menjadi individu lebih sihat. Untuk mencapai impian itu, kita memerlukan kesungguhan dan azam kuat untuk berubah.

Memang diakui amat sukar untuk memulakan perubahan, tetapi anda perlu memulakanya sekarang.  Ingat, usah bertangguh kerana bertangguh menyebabkan semua rancangan tidak menjadi.

Sebagai permulaan, buat aktiviti ringan dengan berjalan pada waktu pagi sebelum pergi kerja. Berjalan di kawasan perumahan selama 10 hingga 15 minit setiap pagi sudah memadai dan apabila stamina bertambah, lanjutkan senaman kepada 20 hingga 20 minit sehari.

Jadi usah bertangguh lagi. Fikirkan bahawa senaman ini bukan hanya memberi manfaat kepada anda seorang kerana ibu bapa yang sihat dan cergas dapat menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga dengan lebih baik. .

Wednesday, June 15, 2011

Tips Ke Arah Badan Yang Lebih Segar & Cergas

Bekerja sepanjang hari membuatkan tubuh kita sering menjadi kurang bertenaga dan lemah.  Apatah lagi jadual yang padat menyukarkan untuk  anda bersenam. Tanpa rehat  yang mencukupi, badan akan kelihatan tidak bermaya.  Oleh itu amalkan TIPS mudah ini kearah badan yang lebih segar dan Cergas.


Bergerak atau Bersenam

Lakukan gerakan yang intens selama lebih kurang 30 minit dalam sehari. Anda boleh melakukan gerakan apa pun yang bersesuaian dengan diri anda. Misalnya, naikilah tangga ke pejabat berbanding lif yang memerlukan tenaga yang minima.
Amalkan Pengambilan Sayur dan Buah-buahan segar
Makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan segar setiap hari. Anda boleh mengambil sayur dan buah-buahan dengan cara yang berbeza-beza. Misalnya, anda boleh membuat jus. Sayur dan buah-buahan yang segar tidak hanya mencegah kanser, tetapi juga menyihatkan jantung dan memberikan nutrisi yang lebih pada tubuh dan otak.

Banyak Minum Air Putih.
Antara elemen penting yang diperlukan oleh tubuh ialah air putih. Air adalah zat yang paling penting dalam proses metabolisme tubuh. Paling baik jika dapat minum air putih sebanyak 8 gelas setiap hari. Tinggalkan minuman bersoda yang membawa kesan yang buruk terhadap kesihatan paru-paru dan organ tubuh yang lain.


Istirehat Yang Cukup.
Terlalu banyak bersenam atau bergerak, tetapi jika tidak beristirehat juga sukar memberi kesan yang sepatutnya pada tubuh. Bekerja dan bergerak mestilah seimbang. Oleh itu, ingat… rehat itu penting.


Hindari daripada Tekanan
Penyakit mudah menyerang anda jika daya pertahanan tubuh lemah. Salah satu yang menyumbang kepada faktor tubuh yang lemah adalah tekanan yang dihadapi oleh tubuh.  Fikiran yang baik, positif dan selalu terbuka secara langsung mempengaruhi mekanisme kerja tubuh.  Tapi jika anda tertekan, saraf dan otot akan bekerja jauh lebih cepat daripada biasa. Anda akan terus `dipaksa’ untuk memberikan tenaga yang berlebihan.

‘JANGAN BIARKAN SEGALA KERUMITAN HIDUP MENYEBABKAN ANDA LEMAH. TENANG, SANTAI dan HADAPI SEGALA SESUATU DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN FIKIRAN YANG POSITIF’